Seminar Pencegahan Kebakaran Secara Atas Talian

9 Ogos 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 8 Ogos 2020, Sabtu, staf Pusat Internet (PI) Rantau Panjang telah menyertai Seminar Pencegahan Kebakaran Secara Atas Talian bermula pada pukul 10:00 pagi sehinggalah pukul 11:00 pagi. Kursus tersebut dianjurkan oleh FPC Preventation Centre dan dikendalikan oleh Encik Aaron Koh.

Dalam sesi taklimat tersebut, peserta diterangkan mengenai kesedaran tentang kebakaran serta pengurusan keselamatan semasa kebakaran berlaku. Selain itu, peserta juga didedahkan dengan jenis-jenis dan kegunaan peralatan mencegah kebakaran seperti alat pengesan asap dan alat pemadam api.

Semoga pendedahan seperti ini bermanfaat dan memberi kesedaran kepada masyarakat supaya selalu berhati-hati seterusnya dapat mengelakkan berlakunya kebakaran akibat daripada kecuaian-kecuaian yang tidak sepatutnya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali